IMBAS KEMBALI,
Waktu tu Kolej Matrikulasi Labuan sedang mengadakan aktiviti Save Palestine jadi mereka menjemput seorang ustaz yg juga merupakan ahli MERCY yg mana adalah non-gov organization yg menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke sana..
Ustaz tu menceritakan pengalaman beliau dan rakan-rakan sewaktu tiba di bumi kiblat pertama umat Islam, seperti yang kita tahu bumi palestin ini adalah tanah pasir, setibanya van tersebut di Pusat Kem Sementara ramai lah anak-anak kecil berdiri di atas timbunan2 pasir yang kelihatan seperti bukit kecik... sebelum ustaz dan rakan-rakanya turun dari van, pemandu van tu telah berpesan kepada ahli-ahli MERCY ni supaya jangan terlalu mesra dengan anak-anak kecil itu... tapi kita selaku insan yang mempunyai sifat kemanusian tentunya kita tidak akan lari dari cuba mendekati kanak2 tersebut apatah lagi mengenangkan insan yg sekecil dan selemah ini tidak pernah mengenal kemanisan merdeka dan erti kebahagiaan...
Jadi ustaz itu mengangkat dan mendukung salah seorang kanak-kanak palestine itu, lingkungan 3/4 tahun... apabila dia menoleh ke arah kanak-kanakyang lain semuanya merenung ke arahnya seolah2 mengharapkan ustaz itu akan mendukung mereka pula... ada juga dua tiga orang kanak2 yg memeluk kaki ustaz tersebut...
Apabila ustaz ingin melepaskan kanak-kanak yg di dalam dakapannya... kanak-kanak palestin itu memeluk kejap ustaz tersebut seolah olah tidak mahu melepaskan ustaz sambil berkata: "abi.. abi...". Tersentak hati ustaz itu, barulah dia mengerti kenapa pemandu van itu berpesan supaya mereka jangan menunjukkan kasih sayang yang mendalam kepada kanak-kanak ini...
Rupa-rupanya kanak-kanak ini semuanya adalah anak yatim telah kehilangan kasih sayang seorang ayah sewaktu kecil lagi... mereka sendiri telah lupa akan wajah abi mereka... mereka kehilangan ayah, abg, atok lantaran kesemuanya telah syahid melawan rejim zionis... Anak yang dipeluk oleh ustaz itu masih lagi tidak mahu melepaskan ustaz itu malahan tetap memanggil ustaz itu sebagai abi dan merayu agar jangan meninggalkan dia lagi... Aq dapat bayangkan bertapa mereka dahaga kasih sayang seorang insan bergelar lelaki.. Hiba hati ini apabila teringatkan bapa di rumah...
Akhirnya anak kecil itu ditenangkan oleh ibunya dan menangis sehingga tertidur, masih kelihatan lagi bekas linangan air mata di pipi anak yang masih tidak mengerti apa-apa itu.
Setelah mereka mengagihkan makanan di Kem Sementara itu, kumpulan sukarelawan ini bergerak ke sekolah kanak-kanak Palestin. Keadaan sekolah yang serba daif dapat dilihat cahaya matahari mencuri-curi masuk dari celah-celah lubang, tingkap yang tiada jendela dan hanya dilitupi oleh perca-perca kain, namun itu semua bukan halangan bagi kanak-kanak tersebut menuntut ilmu...
Ustaz tersebut memberikan jajan kepada seorang anak kecil yang baru keluar dari tandas dan sedang menuju ke kelas. Kanak-kanak tersebut berlari keringan lalu masuk ke kelas dan memanggil rakan-rakannya... Kanak-kanak yang lain berlari-lari ke arah ustaz berharap mereka mendapat makanan, namun waktu itu cuma ada satu sahaja jajan di dalam poket ustaz tersebut, itupun telah diberikan kepada kanan-kanan tadi...
Tidak sampai hati rasanya ustaz itu menghancurkan harapan kanak-kanak tersebut lalu dia gagahi kakinya untuk ke van dan syukurlah masih ada 1 kotak lebihan jajan tadi dan jajan tersebut diagih-agihkan kepada kanak-kanak di sekolah itu. Uniknya kanak-kanak di palestin ini, mereka tidak terus makan sebaik sahaja mereka mendapat makanan, mereka akan menunggu sehingga semua rakanya-rakannya mendapat makanan, sekiranya ada antaranya mereka yang tidak mendapat bahagian. kanak-kanak yang mendapat makanan ini akan memanggil rakan-rakan mereka dan membahagi-bahagikan sesama rakan. Sungguhpun mereka kekurangan makanan, mereka tidak tamak, kepayahan dan kesusahan hidup membuatkan ukhuwah antara mereka terjalin kuat..
inilah tembok gaza... tembok ni mmg tinggi dan mengelilingi tanah Gaza... umpamanya kita tidak dipenjara di tanah sendiri... |
Inilah saja kisah yang dapat aq ingat sewaktu ceramah itu, masih banyak lagi yang diceritakan, pengalaman mereka masuk ke laluan bawah tanah untuk melintasi tembok Gaza, peristiwa di mana bekalan makanan di Palestine di tahan dan rakyat palestin dibiarkan kelaparan selama beberapa puluh hari lalu sejenis gas dilontar untuk membunuh rakyat Paletine namun Allah itu Maha Berkuasa... Apa pun taktik yang dijalankan untuk melemahkan dan membunuh rakyat Palentine, mereka ini dilindungi dan dijaga oleh Allah... Kalaupun tidak diberikan makan berbulan-bulan, selagi iman masih di hati dan doa dari umat-umat Islam yang lain tidak putus-putus... Insyaallah Israel tidak akan mampu mengambil tanah Palestine sepenuhnya...
Saya tidak meminta anda untuk menyumbang wang ringgit sekiranya anda tidak mampu, tapi saya menyeru marilah kita ramai-ramai mendoakan rakyat di Palestin... sekiranya anda tidak mahu mendoakan mereka kerana ada antara mereka berfahaman syiah... tolonglah lakukannya atas dasar kemanusiaan....
Ya hayyu Ya Qayyum, Allah Yang Maha Hidup,Yang Maha Memelihara,
turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-
saudara kami.
Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.
Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.