HARI INI 6/6/12 Peristiwa penting

OK la assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog me:autore visse... Hari ni hari rabu (petang ni ada pasar malam sana  taman u).. jam 1:02 noon... cuaca baik2 shaja di parit raja, johor...
Tengah syok2 ber-facebook-inh td saya ternampak la post c Sabahan Troll, dia bilang(cakap) hari ni adalah tarikh bersejarah di Sabah... sya pun blank2 (bingung2) la... apa pulak tarikh bersejarah di sabah... 20 tahun suda saya hidup di Sabah.. ndak (tidak) pernah sy tau pasal tarikh 6/6 ni... jadi saya pun pg la tnya INCIK GOOGLE... Rupa2 nya hari ni terjadinya satu bahas udara yang agak besar... di sana Grace Court.. area2 sembulan.. depan traffic light keluar dari sutera harbour.. nah panjang suda explanation saya kalau kamu ndak tau lagi mana tu grace court sy ndak tau la...

Jadi utk pengetahuan semua...tarikh ni blaku pada... 6/6/76... jam 3 petang begitu... org panggil Double Six Tragedy atau Double Six Crash atau apa2 saja la yang kamu pernah dengar nama dia... kapal terbang ni dari Labuan sebab isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan.Jadi lepas balik dr labuan lepas buat perbincangan pasal Hak minyak dan gas Sabah kapal terbang ni terhempas time mau mendarat di KKIA @ Kota Kinabalu International Airport. Semua yang dalam kapal terbang tu terkorban termasuk Tun Fuad Stephens yang mana time tu dia adalah Ketua Menteri Sabah. Penumpang2 lain ialah Menteri Negeri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan Timbalan Menteri Darius Binion.(adehhh semua org2 penting owhhh) dan ramai lagi la org2 penting yang ndak sempat sy ambik nama dorg...  
Yang menjadi TNDA TANYA adalah punca kapal tu terhempas tidak diketahui. Tapi time tu adalah 4 wakil dr Kerajaan Australia yang buat siasatan..  Dorg cakap masalah teknikal la mekanikal la lepas tu overload(terlebih muatan) la. Tapi sebenarnya report yang original dorg ndak bgtau... dan yang paling penting adalah ke mana menghilangnya kotak hitam!!!! 
Dan untuk pengetahuan kita semua tugu peringatan double six... nama saja tugu tapi tiada apa2 pun yang maklumat yang meceritakan sejarah 6/6 ni... hmmm


untuk menambah lebih pengetahuan sy rasa bagus kamu baca cni sumber2 saya.. sbb bnyak lg info n gmbr2 dorg bleh bg.. TQ
sumber: WikipediaLadyMariahTengkuNizamknightadventure


Copyright: Redzuan Tahar

10:18AM yang kecik tu venus
ok tapi hari ni ada jugak perkara menakjubkan yang akan blaku sbb kita akan nampak venus transit di sabah.
sumber dari: angkasa planetarium

sy ingat lg time kecik2 bapa sy pernah bawak balik kampung(kampung sy dekat pantai, sana pitas)... dia bawak lepas tu kami tgk gerhana apa ntah pkai filem gambar tu... tapi time tu sy ndak nampak apa2 la heheh

Ke Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sorry ssangat sebab lama tak update blog ni... ok lah hari ni saya nak berceloteh pasal trip saya dan rakan2 sekelas ke MELAKA... kitaorg panggil trip ni sebagai TRIP MUSAFIR...

DATE: 28 & 29 APRIL 2012
VENUE: MELAKA LAH..

jadi pagi-pagi tu dengan semangat yang berkobar2 (ceh mcm nak masuk dwan exam) pukul 9 kitaorg dah bersiap dah... tngu unser tak sampai2 owh ya sblm tu kami sewa kreta unser RM 140 sehari... rupanya unser tu ada org sewa tapi lambat bg blik..GRRR marah ni marah... jd kitaorg pun punyalah bengang... sampi nak mintak number kat abg tu semata2 nak kol org yg sewa sblm ni... kol punya kol rupa2nya dorg tu boys kelas kami yang buat trip ke melaka jugak... kwang3x tak jadi nak marah..

M.A.K.A.N

kak tambah 1 lg



smpai kat MELAKA... perkara pertama yang kami buat adalah M.A.K.A.N yes MAKAN... hahaha kami makan di Melaka Central.. sy rasa korg tau gak tmpt ni... restoran dia kaler hijau... restoran ni milik sahabat handai salah sorg ahli trip musafir-fatin jadi boleh la makan FREE- ALHAMDULILLAH - d restoran ni famous pasal sup hehe sedappppp sup dia... ya mmg sedap, bkn sbb mkn free tp mmg da sedap... yg tak boleh blah dorg dah order nasi ayam tambah sup campur... tu la nama dia TAMAK HALOBA!!! Kalau nak pergi Melaka selain famous dgn ikan bakar sya sgt2 merekemenkan utk singgah ke kedai ni, kat Melaka Central dkt2 McD n Cool Blog(McD ni ingat sgt sbb Amir tu blanja mkn mcLUNCH hehe)... Harga pun standard la dlm RM4-5 utk aneka jenis sup~~~

dalam restoran sup tu

GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT SENANG HATI.. 
ingat lagi tak peribahasa ni... pernah belajar time skolah menengah dulu heheehe.... 
jadi bila perut da kenyang kami pun pergilah check in... 
ni la hotel kitaorg sewa
hotel ni org melayu yang pnya... sblh ngan kedai mamak... HOTEL MESRA MUTIARA.. 1 malam utk family room RM 100 bgantung la kalau peak season mahal... kalau weekdays mgkn dalam rm80/90 jak...Family room dia ada 1 bed queen and 2 single bed...



ni kat roundabout dpn christ church
muka dalam gmbr tu masam sgt sbb pakai wedges(kaki melecet) haha tu la da tau nak jalan jauh pakai lg wedges...
ni pulak dkt MENARA TAMING SARI


























OK trip petang tu kami pg ronda2 banda hilir smpai lah ke malam hari... tempat yng kitaorg nak pg tu dkt2 je... jd kreta parking dpn hotel pastu leh jalan kaki,  Owh ya lupa nak mention masa kami pg tu d DATARAN PAHLAWAN MELAKA ada buat SAAAAALLLLLLEEEEE gila2... padini smpai 70% jd mmg langkah kanan la time tu hehe....

ni nak masuk dataran pahlawan... masuk ikt jalan blakang jugak la
HARI KEDUA @ 29 APRIL 2012

Niat di hati pagi ni nak naik MENARA TAMING SARI yang boleh turun naik turun naik tu... namun apakan daya dah terlewat bangun... Ramai sgt org almaklumlah hujung minggu... Jadi demi utk tidak menghampakan pembaca, saya masukkan gambar2 sewaktu kami pergi ke KAPAL PORTUGIS...

ni kat luar kapal portugis

ni kat dalam kapal PORTUGIS




ni kat atas kapal PORTUGIS






































Sebelum balik tu rasanya tak sempurna pg MELAKA kalau tak makan ikan bakar  (org kata la)...  saya tak minat sgt makan ikan bakar ni sbb masa di Sabah tiap2 hari sabtu ada pasar malam dan selalunya bapa mmg akan beli ikan bakar...jd kamipun singgah la di dataran parameswara utk makan ikan bakar... OK komen sy: ikan kat cni dorg tak pndai bakar, sbb ikn tu nampak kering... lepas tu agak mahal la.. mgkin sbb dia baru bukak kot... ermmm tp ikan masak merah dia sedap hehe...