Makanan untuk sang Sembelit

Assalamualaikum semua... hari ni mau post pasal makanan-makanan yang menyihatkan lagi... haha amboih sejak turun berat badan ni makin besemangat pulak kau ye yanong...

Sepa sini yang poo poo dua hari sekali? tiga hari? seminggu sekali? haha ada kan??

Umumnya, kepentingan poo poo ni adalah untuk membuang toksin dalam badan tu. Hah sekarang ni sebok kan cerita pasal detox, detox tampal di kaki, teh detox, air detox dan detox ini dan itu. Kiranya poo poo ni macam detox in a natural way. hehe

Bagi mereka-mereka yang mengalami sembelit berpanjangan atau kesukaran untuk flush sisa-sisa makanan semalam dari perut anda, saya senaraikan makanan yang boleh menjaga dan memelihara kesihatan usus besar kita...

NOMBOR SATU : BUAH MANGGA

Buah exotic ni kaya dengan mineral dan vitamin. Selain tu, buah ni juga dikenali sebagai lubricant untuk sembelit kerana laxative properties nya.


NOMBOR DUA :YOGURT PROBIOTIK

Ok yougurt ni kita sudah kupas dalam post makanan untuk metabolisma jadi pastikan anda memilih YOGURT NATURAL bukan yogurt yang telah diproses ya..Sebab processed yogurt ni mengandungi banyak bahan-bahan yang tidak sihat, yogurt ni telah dipasturkan dan mengandungi stabilizer serta pemanis.

NOMBOR TIGA: BUAH ORGANIK
Yang ni ramai yang sudah tahu, apple, betik, kiwi lebih bagus cari buah yang tinggi fibre.

Herba yang membersihkan usus sambil membunuh parasit

1.kuaci

2.Tea Tree Oil
3.Wormwood
4.Bunga Cengkih

8 Makanan yang Membantu Mempercepatkan Metabolisma Badan

Ok dijadikan cerita... berat yanong sudah turun weehhhuuuu *clap clap... dalam 6-8 kg la haha... Kenapa pulak ada 6 ada 8, begini ceritanya.. Haritu kami pergi melaka, sehari sebelum pru13.. Jadi sepanjang jalan tu memang banyak berpeluh, tambah tambah pulak ada aksi berlari-lari kejar bas.. hah jangan tak tau.. yanong ni adalah seorang pengejar bas berpengalaman, bakat ni mula dicungkil sewaktu mula-mula masuk uthm lagi...

TAPI bila masuk weekend baru-baru ni, mula lah sistem dalam badan ni merembeskan hormon kuat makan... maka yanong pun makan lah tanpa mengira waktu.. hoho... ok sebenarnya yanong bukan mau cerita pasal kisah yanong yang kuat makan mahupun kisah pengalaman mengejar bas...

Ini adalah antara makanan yang yanong amalkan untuk membakar lomak lomak tepu di tempat tempat yang tidak di ingini..8 jenis makanan tu adalah.... DUMBADASSS-



1 HAHAHA sedap kan?? ya ikan... ok ikan ni mengandungi lean protein.
lean protein- Lean protein has less than 3 g of fat and around 50 calories per serving, according to both the National Heart Lung and Blood Institute and the Mayo Clinic. The Mayo Clinic recommends women have at least 46 g of protein and men 56 g of protein each day.

Lean protein memerlukan lebih tenaga untuk dibakar atau diproses jadi secara tidak langsung ia mampu kicks your metabolism. Selain tu ikan ni mengandungi lemak asid omega 3 yang mana ianya membantu mengurangkan pengeluaran leptin di dalam badan. Bagi budak-budak engineering atau bukan budak biologi, leptin ni adalah harmon semulajadi badan yang menurunkan metabolisma badan. Maka kurang leptin, tinggi tahap metabolisma badan.

2 Ok bercerita pasal ikan di atas. Ikan tu bagus kalau masak pedas-pedas. Janganlah pedas sangat sampai
 memudaratkan diri. HOT PEPPERS ni mengandungi CAPSAICIN haha hebat kan nama?? capsaicin ni membantu stimulates pain receptor dalam badan, melancarkan peredaran darah dan macam biasalah menaikkan tahap metabolisma

OHHH YAA sebelum terlupa, selain mampu boost metabolisma sehingga 25% ianya juga mampu mengurangkan gejala-gejala CRAVING atau ayat mudah nya nampak ni mau makan ni, nampak tu mau makan tu kadang yang tidak nampak pun mau makan jugak haha...

3  ehm yang ni tidak payah mau cakap banyak la.. sayur-sayuran hijau...kaya dengan nutrian, vitamin dan mineral.. Mengenyangkan, sihat

Selain tu, bayam, kale dan bak choy yang kaya dengan kalsium jugak bagus (kalau mau kurangkan produk tenusu)... sebab kalsium mampu mempercepatkan metabolisma.



4   Buah-buahan sitrus...
Umumnya buah ni kaya dengan vitamin c. Jenis buah yang masam ni mampu mengurangkan insulin yang banyak tu lantas mempercepatkan pembakaran lemak yang degil ni. Selain tu ianya mengeluarkan carnitine yang mampu mengoksidakan lemak.



5 BROKOLI.
Sayur ni kaya dengan vitamin c,k dan a.
Yang mana ianya mengandungi folate dan fibre.
Fibre ni membuatkan kita rasa sentiasa kenyang.
Sayur ni jugak kaya dengan antioksidan dan bagus sebagai makanan detox.






6  Kabohidrat ni ada yang bagus dan ada jugak yang baik ( ada yang menggemukkan dan ada yang menguruskan ), oat ni adalah sejenis kabohidrat yang
mengandungi sumber fibre larut lemak... Pengambilan sebanyak 7grams sepinggan/semangkuk/sekali makan mampu membuatkann tummy kita yang comel ni sentiasa terasa diisi dan membekalkan tenaga yang banyak!!
Dan pastikan anda memilih steel cut atau rolled oat, supaya kita mendapat dos penuh untuk vitamin, mineral dan fibre. :)


7  LOW FAT YOUGURT
EHHMMM NYUM NYUM.. LFY yang dimakan begitu saja membekalkan 450mg kalsium dan 12g protein, dan tanpa keraguaan lagi pastinya salah satu pemangkin kenaikan metabolisma badan!! Selain tu LFY juga mengandungi probiotik dan bakteria yang bagus, alah macam dalam iklan vitagen tuh...


.




8  GREEN TEA, ya mungkin ramai yang tidak suka minum green tea ni jika dibandingkan dengan teh biasa kan? Antara kebaikan green tea ni adalah mengempiskan babat(anak perut yang comel tu) dan meningkatkan tahap trigluceride. Selain tu, ianya kaya dengan antioxidan dan menghalau radikal-radikal bebas!!




Saya dan sejarah 'diet'

*testing.. testing 1,2,3... hello.. hello...
*fuhhh-konon-konon sedang meniup habuk habuk di blog ni...

hai assalamualaikum... lama sudah tidak online... terasa rindu pulak... chewaahhh tergerak jugak hati ingin menulis di blog ni. tapi dek kekangan masa maka niat itu terpaksa ditangguh-tangguh sampai la ke hari ini...
ahhhh alasan semata-mata... padahal ada jak masa untuk buat benda-benda lagha yang lain haha....

ok sejak kebelakangan ni sebenarnya sibuk tengok website-website yang cenderung kepada hal-hal penjagaan kesihatan haha.. almaklumlah, tengah berusaha menjaga diet pemakanan yang seimbang.. diet?? yeap diet la... ok lah mari kita cerita pasal diet... dulu masa yanong (chehh yanong) sekolah menengah, sebelum masuk sbp berat yanong dalam 60++ lepas tu bila masuk sbp time tu form 4 konon-konon berdiet la sampai skip lunch, minum petang, dinner n supper (hah budak sbp ni makan banyak tau!!! kami ada breakfast, brunch, lunch, minum petang n dinner). Masa tu memang sanggup berlapar habis-habisan la semata-mata ingin mendapat berat ideal... tapi memang turun la, turun 50++... ya banyak kan?? tapi bila masuk form 5 BEDEBUMMM berat naik ke 70++ hah ambik kau..

ok pengajaran di sini... bila kita berlapar, memanglah berat akan turun.. tapi dalam pada masa yang sama metabolism kita akan jatuh... ok apa tu metabolism???

Metabolism is the amount of energy (calories) your body burns to maintain itself. Whether you are eating, drinking, sleeping, cleaning etc... your body is constantly burning calories to keep you going.
-Lisa Balbach


Jadi maksud nya time tido, time poo-poo, time tengok wayang senang cerita apa pun kita buat badan kita secara automatik akan memproses makanan-makanan yang kita telah makan... Jadi kalau kita berlapar=metabolism jatuh=metabolism kita tidak lah efficient untuk proses makanan2 tu dan lalu menjadi lemak ish ish ish...

Tapi kalau kita berlapar jadi kuranglah makanan dalam badan jadi tak kisah la metabolisma tinggi atau tidak saya tetap kurus...- soalan dari si Abu

hah mai sini cek nak habaq... haha mentang- mentang housemate orang kedah. hai fatin (sambil angkat kening) memanglah kurang makanan dalam perut, tapi sedar atau tidak bila kita mula berlapar dan bila satu-satu masa misalnya keluar ke bandar, mulut, badan, perut semuanya craving mau makan benda-benda manis, dan sedap dan lazat... Time tu memang tidak boleh elak la. kerojenye nak makannnn jak... Masa tulah metabolism akan ambil peranan...

Haha maka dengan itu diet bukanlah bermaksud kita berlapar, tapi kita jaga apa yang kita makan... elakkan makanan yang mengandungi rantaian kabohidrat yang mudah, sebab nanti cepat lapar... contoh paling senang nasi, so replace your rice dengan oat or wholemeal bread in your diet...

Sekian sahaja... assalamualaikum...
watch out for your daily portion.