Makanan untuk sang Sembelit

Assalamualaikum semua... hari ni mau post pasal makanan-makanan yang menyihatkan lagi... haha amboih sejak turun berat badan ni makin besemangat pulak kau ye yanong...

Sepa sini yang poo poo dua hari sekali? tiga hari? seminggu sekali? haha ada kan??

Umumnya, kepentingan poo poo ni adalah untuk membuang toksin dalam badan tu. Hah sekarang ni sebok kan cerita pasal detox, detox tampal di kaki, teh detox, air detox dan detox ini dan itu. Kiranya poo poo ni macam detox in a natural way. hehe

Bagi mereka-mereka yang mengalami sembelit berpanjangan atau kesukaran untuk flush sisa-sisa makanan semalam dari perut anda, saya senaraikan makanan yang boleh menjaga dan memelihara kesihatan usus besar kita...

NOMBOR SATU : BUAH MANGGA

Buah exotic ni kaya dengan mineral dan vitamin. Selain tu, buah ni juga dikenali sebagai lubricant untuk sembelit kerana laxative properties nya.


NOMBOR DUA :YOGURT PROBIOTIK

Ok yougurt ni kita sudah kupas dalam post makanan untuk metabolisma jadi pastikan anda memilih YOGURT NATURAL bukan yogurt yang telah diproses ya..Sebab processed yogurt ni mengandungi banyak bahan-bahan yang tidak sihat, yogurt ni telah dipasturkan dan mengandungi stabilizer serta pemanis.

NOMBOR TIGA: BUAH ORGANIK
Yang ni ramai yang sudah tahu, apple, betik, kiwi lebih bagus cari buah yang tinggi fibre.

Herba yang membersihkan usus sambil membunuh parasit

1.kuaci

2.Tea Tree Oil
3.Wormwood
4.Bunga Cengkih

No comments:

Post a Comment