Showing posts with label #what i eat. Show all posts
Showing posts with label #what i eat. Show all posts

Makanan untuk sang Sembelit

Assalamualaikum semua... hari ni mau post pasal makanan-makanan yang menyihatkan lagi... haha amboih sejak turun berat badan ni makin besemangat pulak kau ye yanong...

Sepa sini yang poo poo dua hari sekali? tiga hari? seminggu sekali? haha ada kan??

Umumnya, kepentingan poo poo ni adalah untuk membuang toksin dalam badan tu. Hah sekarang ni sebok kan cerita pasal detox, detox tampal di kaki, teh detox, air detox dan detox ini dan itu. Kiranya poo poo ni macam detox in a natural way. hehe

Bagi mereka-mereka yang mengalami sembelit berpanjangan atau kesukaran untuk flush sisa-sisa makanan semalam dari perut anda, saya senaraikan makanan yang boleh menjaga dan memelihara kesihatan usus besar kita...

NOMBOR SATU : BUAH MANGGA

Buah exotic ni kaya dengan mineral dan vitamin. Selain tu, buah ni juga dikenali sebagai lubricant untuk sembelit kerana laxative properties nya.


NOMBOR DUA :YOGURT PROBIOTIK

Ok yougurt ni kita sudah kupas dalam post makanan untuk metabolisma jadi pastikan anda memilih YOGURT NATURAL bukan yogurt yang telah diproses ya..Sebab processed yogurt ni mengandungi banyak bahan-bahan yang tidak sihat, yogurt ni telah dipasturkan dan mengandungi stabilizer serta pemanis.

NOMBOR TIGA: BUAH ORGANIK
Yang ni ramai yang sudah tahu, apple, betik, kiwi lebih bagus cari buah yang tinggi fibre.

Herba yang membersihkan usus sambil membunuh parasit

1.kuaci

2.Tea Tree Oil
3.Wormwood
4.Bunga Cengkih

8 Makanan yang Membantu Mempercepatkan Metabolisma Badan

Ok dijadikan cerita... berat yanong sudah turun weehhhuuuu *clap clap... dalam 6-8 kg la haha... Kenapa pulak ada 6 ada 8, begini ceritanya.. Haritu kami pergi melaka, sehari sebelum pru13.. Jadi sepanjang jalan tu memang banyak berpeluh, tambah tambah pulak ada aksi berlari-lari kejar bas.. hah jangan tak tau.. yanong ni adalah seorang pengejar bas berpengalaman, bakat ni mula dicungkil sewaktu mula-mula masuk uthm lagi...

TAPI bila masuk weekend baru-baru ni, mula lah sistem dalam badan ni merembeskan hormon kuat makan... maka yanong pun makan lah tanpa mengira waktu.. hoho... ok sebenarnya yanong bukan mau cerita pasal kisah yanong yang kuat makan mahupun kisah pengalaman mengejar bas...

Ini adalah antara makanan yang yanong amalkan untuk membakar lomak lomak tepu di tempat tempat yang tidak di ingini..8 jenis makanan tu adalah.... DUMBADASSS-



1 HAHAHA sedap kan?? ya ikan... ok ikan ni mengandungi lean protein.
lean protein- Lean protein has less than 3 g of fat and around 50 calories per serving, according to both the National Heart Lung and Blood Institute and the Mayo Clinic. The Mayo Clinic recommends women have at least 46 g of protein and men 56 g of protein each day.

Lean protein memerlukan lebih tenaga untuk dibakar atau diproses jadi secara tidak langsung ia mampu kicks your metabolism. Selain tu ikan ni mengandungi lemak asid omega 3 yang mana ianya membantu mengurangkan pengeluaran leptin di dalam badan. Bagi budak-budak engineering atau bukan budak biologi, leptin ni adalah harmon semulajadi badan yang menurunkan metabolisma badan. Maka kurang leptin, tinggi tahap metabolisma badan.

2 Ok bercerita pasal ikan di atas. Ikan tu bagus kalau masak pedas-pedas. Janganlah pedas sangat sampai
 memudaratkan diri. HOT PEPPERS ni mengandungi CAPSAICIN haha hebat kan nama?? capsaicin ni membantu stimulates pain receptor dalam badan, melancarkan peredaran darah dan macam biasalah menaikkan tahap metabolisma

OHHH YAA sebelum terlupa, selain mampu boost metabolisma sehingga 25% ianya juga mampu mengurangkan gejala-gejala CRAVING atau ayat mudah nya nampak ni mau makan ni, nampak tu mau makan tu kadang yang tidak nampak pun mau makan jugak haha...

3  ehm yang ni tidak payah mau cakap banyak la.. sayur-sayuran hijau...kaya dengan nutrian, vitamin dan mineral.. Mengenyangkan, sihat

Selain tu, bayam, kale dan bak choy yang kaya dengan kalsium jugak bagus (kalau mau kurangkan produk tenusu)... sebab kalsium mampu mempercepatkan metabolisma.



4   Buah-buahan sitrus...
Umumnya buah ni kaya dengan vitamin c. Jenis buah yang masam ni mampu mengurangkan insulin yang banyak tu lantas mempercepatkan pembakaran lemak yang degil ni. Selain tu ianya mengeluarkan carnitine yang mampu mengoksidakan lemak.



5 BROKOLI.
Sayur ni kaya dengan vitamin c,k dan a.
Yang mana ianya mengandungi folate dan fibre.
Fibre ni membuatkan kita rasa sentiasa kenyang.
Sayur ni jugak kaya dengan antioksidan dan bagus sebagai makanan detox.






6  Kabohidrat ni ada yang bagus dan ada jugak yang baik ( ada yang menggemukkan dan ada yang menguruskan ), oat ni adalah sejenis kabohidrat yang
mengandungi sumber fibre larut lemak... Pengambilan sebanyak 7grams sepinggan/semangkuk/sekali makan mampu membuatkann tummy kita yang comel ni sentiasa terasa diisi dan membekalkan tenaga yang banyak!!
Dan pastikan anda memilih steel cut atau rolled oat, supaya kita mendapat dos penuh untuk vitamin, mineral dan fibre. :)


7  LOW FAT YOUGURT
EHHMMM NYUM NYUM.. LFY yang dimakan begitu saja membekalkan 450mg kalsium dan 12g protein, dan tanpa keraguaan lagi pastinya salah satu pemangkin kenaikan metabolisma badan!! Selain tu LFY juga mengandungi probiotik dan bakteria yang bagus, alah macam dalam iklan vitagen tuh...


.




8  GREEN TEA, ya mungkin ramai yang tidak suka minum green tea ni jika dibandingkan dengan teh biasa kan? Antara kebaikan green tea ni adalah mengempiskan babat(anak perut yang comel tu) dan meningkatkan tahap trigluceride. Selain tu, ianya kaya dengan antioxidan dan menghalau radikal-radikal bebas!!




Saya dan sejarah 'diet'

*testing.. testing 1,2,3... hello.. hello...
*fuhhh-konon-konon sedang meniup habuk habuk di blog ni...

hai assalamualaikum... lama sudah tidak online... terasa rindu pulak... chewaahhh tergerak jugak hati ingin menulis di blog ni. tapi dek kekangan masa maka niat itu terpaksa ditangguh-tangguh sampai la ke hari ini...
ahhhh alasan semata-mata... padahal ada jak masa untuk buat benda-benda lagha yang lain haha....

ok sejak kebelakangan ni sebenarnya sibuk tengok website-website yang cenderung kepada hal-hal penjagaan kesihatan haha.. almaklumlah, tengah berusaha menjaga diet pemakanan yang seimbang.. diet?? yeap diet la... ok lah mari kita cerita pasal diet... dulu masa yanong (chehh yanong) sekolah menengah, sebelum masuk sbp berat yanong dalam 60++ lepas tu bila masuk sbp time tu form 4 konon-konon berdiet la sampai skip lunch, minum petang, dinner n supper (hah budak sbp ni makan banyak tau!!! kami ada breakfast, brunch, lunch, minum petang n dinner). Masa tu memang sanggup berlapar habis-habisan la semata-mata ingin mendapat berat ideal... tapi memang turun la, turun 50++... ya banyak kan?? tapi bila masuk form 5 BEDEBUMMM berat naik ke 70++ hah ambik kau..

ok pengajaran di sini... bila kita berlapar, memanglah berat akan turun.. tapi dalam pada masa yang sama metabolism kita akan jatuh... ok apa tu metabolism???

Metabolism is the amount of energy (calories) your body burns to maintain itself. Whether you are eating, drinking, sleeping, cleaning etc... your body is constantly burning calories to keep you going.
-Lisa Balbach


Jadi maksud nya time tido, time poo-poo, time tengok wayang senang cerita apa pun kita buat badan kita secara automatik akan memproses makanan-makanan yang kita telah makan... Jadi kalau kita berlapar=metabolism jatuh=metabolism kita tidak lah efficient untuk proses makanan2 tu dan lalu menjadi lemak ish ish ish...

Tapi kalau kita berlapar jadi kuranglah makanan dalam badan jadi tak kisah la metabolisma tinggi atau tidak saya tetap kurus...- soalan dari si Abu

hah mai sini cek nak habaq... haha mentang- mentang housemate orang kedah. hai fatin (sambil angkat kening) memanglah kurang makanan dalam perut, tapi sedar atau tidak bila kita mula berlapar dan bila satu-satu masa misalnya keluar ke bandar, mulut, badan, perut semuanya craving mau makan benda-benda manis, dan sedap dan lazat... Time tu memang tidak boleh elak la. kerojenye nak makannnn jak... Masa tulah metabolism akan ambil peranan...

Haha maka dengan itu diet bukanlah bermaksud kita berlapar, tapi kita jaga apa yang kita makan... elakkan makanan yang mengandungi rantaian kabohidrat yang mudah, sebab nanti cepat lapar... contoh paling senang nasi, so replace your rice dengan oat or wholemeal bread in your diet...

Sekian sahaja... assalamualaikum...
watch out for your daily portion.


Dessert

the thing about me is.
i love ice cream very much,
sebab tu la sekarang sakit tekak sampai teda suara.
jadi pelbagai resepi dan decoration yang akan digunakan untuk mewarnai ice cream saya.



ni yang paling simple.
pisang *tanpa di slice dan ice cream




okay ni decoration dia semakin banyak.
ada limau mandarin, pisang dan chipsmore tabur haha



ni rajin sket ada banana yang telah dislice, oreo dan chipsmore tabur




okay ni pulak coco crunch, fresh milk, vanilla ice cream dan watermelon slice.

banyak lagi boleh dibuat dengan ice cream ni.
tengoklah kalau rajin boleh buat smoothies. :P

Baked Jalapeno Cheese Fries Recipe

So hello guys.
Beberapa hari yang lalu tiba-tiba terfikir mau masak baked cheese fries. 
Haha sebenarnya nama betul dia baked chili cheese fries tapi mcm xda jak canned chilli
jadi resepi ni diinovasikan kepada Baked Jalapeno Cheese Fries hwehuehuehue
ok first of all the ingredients...

-Sebungkus/1kg French fries.
-Sebungkus Mozzarella cheese.
tapi dalam kes ni pasaraya tempat saya xda mozzrella cheese jadi ditukar kepada cheddar cheese * dengan harapan dia akan cair hwehuehuehue
-1/4 paket Serbuk JALAPENO cheese.
-Sebungkus sosej.
-1 sudu makan mentega.

Prosedurenya: wah macam buat lab report pulak.

 macam besa mesti ada pembantu kan. so hari ni pembantu chef kita ada lah adik Zulfaqqar.
Mula2 kenalah sapu loyang dengan mentega.
ok ni la Jalapeno cheese tu
juga dikenali sebagai cheese cheezy wedges. cara mau buat senang jak. 
masukkan air panas dan serbuk cheese. godek2 kacau2 sampai sebati.
rasa macam cheese cheezy wedges.
harga pasaran dalam rm10-rm15 sepaket.

 masukkan fries tadi kedalam loyang yang telah dimentegakan.
ok perasan kan yang loyang ni pas-pas muat dalam microwave tu. 
microwave kan selalu berpusing. 
jadi mari kita lihat kesudahannya.

nampak ka tanda lahir tu. nampak kan?
ni ada lagi satu. 
jadi adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik 
kalau tidak mau microwave kamurang ada tanda lahir macam ni. silalah tukar loyang yang kecik sikit.
baking-baking-baking
 ok bila rasa fries tu suda separuh masak keluarkan la.
macam mana mau tau kalau sudah separuh masak? rajin-rajinkanlah godek-godek fries tu
sebab lfries dan ketebalan yang berbeza, berbeza waktu mau masak dia.


 slicekan sosej tadi dan taburkan atas fries tu, manakala jalapeno cheese yang telah disiapkan tu.
simbahlah ke atas fries anda....

 taadaaaa ni la kesudahannya. 
ok memang xnampak sedap haha.
boleh la letak cheddar cheese / mozzarella cheese tu.
lepas tu bake untuk 5 minit, jangan lama sangat nanti cheese jadi kering dan keras.
hahaha nampak da apa terjadi sama cheedar cheese saya.
YA dia jadi kering sebab over baked.








Resepi Moist Chocolate Cake Kukus


I prefer steamed cake rather than oven baked because 
a. I think its moister.
b. No need to worry about your cake over baked / scorched / hangus thus no need to watch over time and temperature.


For the cake.
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula kastor
1 cawan Air
1 cawan susu segar
1 tsp vanilla essence
1 tsp soda bicarbonate
secubit garam
3 biji telur
1 ketul mentega

*kalau xda susu segar boleh tukarkan kepada susu pekat manis tapi hanya perlukan 1 cawan gula kastor.
*kalau xda mentega boleh tukarkan kepada 1 cawan marjerin. Kalau xda jugak boleh tukar kpd minyak masak/minyak jagung/minyak bunga matahari.

Ayak bahan-bahan kering dulu, tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan telur sehingga kembang. Lepastu masukkan gula dan susu dan pukul lagi.
Masukkan bahan-bahan kering tu sedikit demi sedikit sampai la habis. Dan masukkan vanilla essence serta air.
Kalau rasa adunan tu cair, sila tambah tepung dan vice versa.

For topping.
6 sudu makan serbuk koko.
6 sudu makan gula.
1 cawan frsh milk.
2 sudu teh tepung jagung.

masak sehingga likat semua bahan2, perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.


saya guna serbuk koko yg ni MAJULAH

sebelum kukus, sapukan  loyang dengan mergerin  :P supaya xmelekat,

cuba menjadi kreatif dengan meletakkan beberapa ketul Turkish Delight kedalam  adunan, lepas ni kita tengok apa kejadian dia ah hehe
before



after tadaaaaa.
ok xnampak sedap sangat pun.
ni selepas diterbalikkkan.
ketulan2 coklat tu jatuh pegi base.

haha kek saya nampak pelikla. Gambar ni diambil sebelum topping tu meleleh2 ke meja haha.

topping yang melimpah ruah.


haha ok sy mengaku kek kali ni x kembang aka bantat. wuwuwuwuwu ntah di mana salah silapnya.
tapi as usual, i serve in with banana slice and ice cream :P
saja jak mau menyedapkan hati,

haha apa pun kalau mau try boleh la, lepas tu try comment di sini. thanks you all :0
have a nice day.